Yang dikatakan hiba ialah khusyu' didalam hati dan sentiasa menangis lantaran takut kepada Allah s.w.t. Ia adalah suatu sifat yang mulia dan terpuji. Dengan sifat itu pula, Allah menyifatkan para NabiNya serta hambanya-hambanya yang berilmu pengetahuan.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Ketika dibacakan kepada mereka ayat-ayat (keterangan-keterangan) Tuhan Maha Pemurah, mereka lalu tunduk dan bersujud dan menangis"
(Surah Maryam: Ayat 58)
"Mereka lalu tunduk dengan dagu-dagu mereka, sambil menangis. Dan keadaan itu akan menambah mereka khusyu'"
(Surah al-Isra: Ayat 109)
Rasulullah telah mengketegorikan orang yang sentiasa hiba ini dalam bilangan tujuh orang yang dilindungi Allah pada hari kiamat, dimana tiada lindungan yang lain kecuali lindungan Allah azzawajalla sahaja.
"Sesiapa yang sentiasa menyebut-nyebut nama Allah di masa lapang, lalu kedua kelopak matanya bergenang airmata"
"Setiap mata akan menangis di Hari Kiamat, melainkan mata yang telah menangis kerana takut kepada Allah, dan mata yang celik berjaga fi-sabilillah."
Yakni, berjihad kerana meninggikan kalimah Allah. Sebenarnya orang yang menangis semata-mata kerana takut kepada Allah s.w.t itu amat jarang terlihat dalam kalangan manusia, sehingga darjatnya menjadi amat tinggi dalam pandangan Allah s.w.t. Padahal terdapat banyak orang yang menangis pada setiap hari.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah tidak akan masuk kedalam neraka, meskipun susu dapat kembali ke dalam susuan ibu, ataupun unda boleh masuk kedalam lubang jarum."
Pada riwayat yang lain: Tidak akan masuk neraka siapa yang keluar dari matanya seperti kepala lalat lantaran takut kepada Allah, yakni terlalu banyak menangis.
Rasulullah s.a.w telah menyamakan antara airmata yang mengalir lantaran takut kepada Allah dengan darah yang tumpah kerana berjihad fi-sabilillah.
Dalam senuah riwayat: Sekiranya pada suatu umat ada seseorang yang menangis kerananya, nescaya Allah akan merahmati umat itu disebabkan tangisan orang tadi.
Kini nyatalah bahawa tangisan itu amat banyak ragamnya. Akan tetapi hanya tangisan kerana takut kepada Allah sahajalah yang jarang-jarang dilakukan oleh manusia. Oleh itu hendaklah kita tangisi diri kita kerana takut kepada Allah s.w.t. Cubalah menangis kerana Allah tetapi bukannya menangis yang pura-pura atau bermegah-megah dengan menunjuk-nunjuk dihadapan orang ramai, agar kita tidak jatuh hina dalam pandangan Allah s.w.t.
About Me

- sdura
- Aku yang setiap kali bangun dari tidur terus ke tingkap kamar melihat langit dan bersyukur masih diberlkan peluang membuka mata dan bernafas untuk hari ini...
Search This Blog
Tags
Recent posts
Categories
- agama (5)
- Allah (7)
- English (2)
- hati (1)
- hijrah (1)
- kehidupan (6)
- kisah nabi (2)
- lagu (2)
- motivation (1)
- muhasabah diri (3)
- perkahwinan (1)
- personal (4)
- ramadhan (5)
- religion (2)
- renungan (2)
- taubat (1)
- ugama (2)
- umrah (1)
Archives
"Hai manusia, janji Allah itu adalah benar, maka janganlah sesekali kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah syaitan yang pandai menipu memperdayakan kamu tentang Allah. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuhmu kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka"
(Surah Faathir:5-6)
(Surah Faathir:5-6)
Palestine Today
Sabda Rasulullah s.a.w
Barangsiapa membiasakan membaca Istighfar, Allah pasti akan memberikannya kelepasan terhadap setiap kesusahannya dan memberikan jalan keluar terhadap setiap kesepitannya serta memberinya rezeki yang tidak disangka-sangka.
(Riwayat Abu Dawud)
(Riwayat Abu Dawud)
Kenangan Indah Di Makkah 2009

Nasi Dulang

visitors

0 Responses