Categories:

    REDHA

    Seseorang yang ditimpa musibah lalu pasrah dan tunduk ke ia kepada Tuhan, sesungguhnya mereka ini akan beroleh manfaat dan ketenangan jiwa. Satu-satunya jalan adalah dengan kembali ke jalan Allah dan beriman kepada takdirNya serta redha dengan apa yang telah ditentukan baik merupakan peraturan (hukum) dan qada' atau ketentuan daripada Allah s.w.t.

    Redha akan sesuatu yang berlaku dalam hidup juga akan melahirkan jiwa yang tenang kerana adanya kepercayaan bahawa setiap apa yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya. Mungkin juga musibah yang menimpa adalah merupakan sebuah kebaikan baginya. Orang yang menempatkan dirinya dalam kesedihan akan sentiasa berada dalam keadaan murung dan sukar menerima sesuatu keadaan itu.

    Pada dasarnya segala perintah Allah yang wajib mahupun yang sunnah hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha begitu juga dengan larangan-larangannya hendaklah dijauhi dengan lapang dada.

    Seandainya kita di timpa kesusahan janganlah kita menyalahkan atau berkata "mengapa aku yang harus menerima hukuman atau takdir ini sedangkan aku telah pun melakukan itu dan ini."
    sesungguhnya perkataan andaikata: ....itu memberi peluang kepada syaitan....

    0 Responses