Alangkah beruntungnya kepada mereka yang menyedari tentang kesalahan dan maksiat yang dilakukannya pada peringkat awal lagi, lalu ia bertaubat. Firman Allah yang bermaksud:" Sesunggunhnya taubat disisi Allah hanyalah bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan dan kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka meraka itulah yang diterima Allah taubatnya dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana" (surah An Nissa - ayat 117).
Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah b. Amr daripada nabi ketika bagainda sedang berada diatas mimbar, Rasulullah bersabda yang bermaksud" berilah kasih sayang nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan nescaya kalian akan diberikan keampunan. Tetapi celakalah bagi orang yang mendengar perkataannya tetapi tidak mengamalkannya dan celaka pula bagi orang yang terus menerus berbuat dosa yang mereka kerjakan, sedangkan mereka mengetahuinya yakni larangan berbuat dosa itu.
Seorang lelaki bertanya kepada Abdullah bin Mas'ud mengenai dosa yang ditanggungnya dan bertanya samada beliau boleh bertaubat, Abdullah berpaling dan menoleh semula, beliau melihat airmata yang mengalir pada pipi lelaki itu lalu berkata "syurga itu ada lapan pintu, semuanya dibuka dan ditutup melainkan pintu taubat, kerana disitu ada malaikat yang ditugaskan supaya tidak menutupnya, maka beramallah dan janganlah kamu berputusa asa.
Sebagai hamba Allah yang banyak melakukan kesalahan dan melakukan dosa, maka, mohonlah keampunaNya selagi kita diberi peluang untuk bertaubat dengan seikhlas hati dan menyesali serta berazam untuk tidak mengulangi kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa kita kepada Allah s.w.t selagi kita di berikan peluang untuk berbuat demikian .
0 Responses