Categories:


    Asal 4 Buah Sungai Di Syurga


    Bersabda Nabi s.a.w. "Semasa aku Israk dan naik ke langit yang tinggi, malaikat Jibrail a.s telah memberi kesempatan aku untuk melihat ke dalam semua syurga Allah. Aku lihat didalamnya terdapat empat buah sungai yang besar dan airnya bermacam-macam. Ada air susu, ada airnya arak tetapi tidak memabukkan, ada air madu dan ada air yang tidak masin".

    Aku bertanya kepada Jibrail a.s. "Wahai Jibrail, dari manakan asal sungai-sungai ini dan kemanakah akhirya,?" Jibrail a.s menjawab, "Ya Rasulullah s.a.w. aku hanya tahu ia mengalir ke dalam Telaga al-Kausar, asalnya tidak aku tahu".

    Aku pun memohon petunjuk Allah lalu muncullah seorang Malaikat dengan memberi salam. Setelah aku menjawab salamnya, dia menyuruh aku memejamkan mataku. Lalu aku pejamkan. Apabila aku bukakan mataku semula, aku berada dekat dengan sepohon pokok yang besar yang diperbuat daripada permata yang putih berkilauan manakala pintu-pintunya daripata batu hijau dan kuncinya daripada emas.

    Dan, aku melihat mengalir empat batang sungai dari bawahnya. Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh malaikat dengan bertanya "Tidakkah engkau ingin melihat didalamnya?" Aku pun bertanya, "Bagaimana dapat aku masuk sedangkan pintunya berkunci?" Dimanakah kuncinya?"

    Jawab malaikat itu, "Kuncinya di dalam tanganmu" Tanyaku, "dimana?" Jawabnya, "Cukuplah engkau ucapkan Bismillahirahmanirrahim". Lalu, aku ucapkan dan pintu itu pun terbuka dengan sendirinya dan aku pun masuk ke dalamnya. Sungguh amat menakjubkan ciptaan Allah azzawajala, sungai-sungai itu memancutkan airnya dari empat buah liang yang besar-besar.

    Melihat aku mahu keluar, malaikat itu bertanya lagi kepdaku, "Apakah engkau sudah cukup puas melihat pemandangan ini? sesungguhnya masih ada yang belum engkau lihat. Cubalah engkau perhatikan sekali lagi dengan baik-baik, dari apakah sungai-sungai itu memancutkan airnya?"

    Lalu, aku perhatikan sekali lagi. Aku lihat terdapat kalimah Bismillahirrahmanirrahim di antara empat batang tiangnya. Dari huruf mim perkataan Bismillah, keluar air sungai tawar. Dari lubang huruf ha' perkataan Allah, keluar air sungai susu. Dari lubang huruf mim perkataan Arrahmaan, keluar air sungai arak. Dan, dari lubang huruf mim perkataan Arrahiim, keluar air sungai madu. Dari itu, barang siapa dari umatku membaca Bismillahirrahmanirrahim, pasti akan dapat minum air sungai ini di akhirat kelak.

    0 Responses