Categories:


    Tahun Baru

    Lebih sebulan lamanya aku tak melakarkan apa-apa di blog ku ini. Kesibukan dengan kehidupan seharian dan kerja-kerja di pejabat menyumbang kepada keadaan ini. Kini aku melalui fasa baru dalam hidup, tahun baru, terlalu banyak perkara yang harus aku lalui dan tempuhi untuk merealisasikan azam dan impianku.

    Aku agak pelik atas perubahan yang berlaku dalam diriku. Aku seperti hilang keinginan untuk menulis walaupun terlalu banyak perkara baru yang berlaku dalam hidupku yang ingin ku kongsi bersama. Mungkin disebabkan sikap semulajadiku yang suka menyimpan kisah peribadiku menghadkan penulisanku.

    Merenung kembali waktu-waktu yang lalu, terkenang aku akan kelewatan sembahyang yang kerap kali aku lakukan. Kadang-kadang keadaan dipejabat menyebabkan aku seringkali gagal melaksanakan tanggungjawabku sebagai seorang muslim, menunaikan sembahyang diawal waktu walaupun aku tahu tidak ada alasan untuk itu. Teringkat akan pesanan orang yang rapat denganku agar aku meluangkan masa untuk menunaikan sebahyang zohor sebaik masuk waktu, dan kini, ditahun baru ini aku lebih peka, aku sedang memperbaiki diri.

    Menjadi seorang yang sentiasa menjaga sembahyang tidaklah sesukar mana. Apa yang penting disiplin diri dan kemahuan hati. Aku ingin memperbaiki kualiti sembahyangku, memahami maksud setiap ayat yang ku baca agar sembahyangku menjadi lebih sempurna.

    Aku ingin membawa perubahan dalam kehidupanku selaras dengan tahun baru. Adakalanya pengorbanan yang sedikit akan membawa perubahan yang besar dalam hidup walaupun kadangkala terpaksa melupakan keinginan atau impian kita selama ini. Aku sentiasa yakin hati akan lebih tenang jika kita sanggup melepaskan sesuatu demi kebaikan.

    Semoga tahun baru 2010 ini akan membawa perubahan besar dalam hidupku. Semoga azam dan impianku terlaksana bersama usaha yang sedang aku lakukan Insyaallah.....

    0 Responses