Categories:


    Muhasabah Diri - Taubat


    Sesungguhnya kehidupan di dunia ini penuh dengan dugaan dan cabaran dimana manusia dilalaikan oleh permainan dunia khususnya maksiat dan kemungkaran. Allah menganugerahkan nafsu dalam diri manusia yang mendorong melakukan kebaikan atau kejahatan. Allah juga memberikan akal kepada manusia untuk berfikir kerana dengan akal kita boleh membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.

    Akan tetapi, kita sebagai manusia tidak lari dari melakukan kesalahan atau dosa. Hakikat ini diakui Rasulullah dalam sebuah hadis yang bermaksud " semua anak adam banyak melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang banyak bertaubat". (Riwayat Tarmizi)

    Orang-orang yag bertaubat adalah orang-orang yang mendapat kesedaran bahawa dia telah melakukan kesalahan atau maksiat terhdap Allah s.w.t atau terhadap makhlukNya. Kita haruslah yakin dengan Allah bahawa Dia akan mengampunkan dosa-dosa kita kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi.

    Alangkah beruntungnya kepada mereka yang menyedari tentang kesalahan dan maksiat yang dilakukannya pada peringkat awal lagi, lalu ia bertaubat. Firman Allah yang bermaksud:" Sesunggunhnya taubat disisi Allah hanyalah bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan dan kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka meraka itulah yang diterima Allah taubatnya dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana" (surah An Nissa - ayat 117).

    Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah b. Amr daripada nabi ketika bagainda sedang berada diatas mimbar, Rasulullah bersabda yang bermaksud" berilah kasih sayang nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan nescaya kalian akan diberikan keampunan. Tetapi celakalah bagi orang yang mendengar perkataannya tetapi tidak mengamalkannya dan celaka pula bagi orang yang terus menerus berbuat dosa yang mereka kerjakan, sedangkan mereka mengetahuinya yakni larangan berbuat dosa itu.

    Allah sentiasa memberi peluang kepada hambanya untuk bertaubat kerana hanya dengan taubat sahaja manusia dapat membersihkan diri daripada dosa yang dilakukan. Firman Allah yang bermaksud " wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa kamu semuanya, sesungguhnya Dialah juga yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (surah az- Zumar - ayat 53).

    Seorang lelaki bertanya kepada Abdullah bin Mas'ud mengenai dosa yang ditanggungnya dan bertanya samada beliau boleh bertaubat, Abdullah berpaling dan menoleh semula, beliau melihat airmata yang mengalir pada pipi lelaki itu lalu berkata "syurga itu ada lapan pintu, semuanya dibuka dan ditutup melainkan pintu taubat, kerana disitu ada malaikat yang ditugaskan supaya tidak menutupnya, maka beramallah dan janganlah kamu berputusa asa.

    Sebagai hamba Allah yang banyak melakukan kesalahan dan melakukan dosa, maka, mohonlah keampunaNya selagi kita diberi peluang untuk bertaubat dengan seikhlas hati dan menyesali serta berazam untuk tidak mengulangi kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa kita kepada Allah s.w.t selagi kita di berikan peluang untuk berbuat demikian .



    0 Responses