Categories:


    SEPETANG DI SAWAH SEMPADAN


    Hari ini masuk hari yang lima aku demam, sejak hari raya yang ke tiga.
    Bosannya....tak dapat kemana-mana. Harap-harap esok aku sihat dan bersedia untuk bekerja pada hari Isnin.

    Hari raya yang kedua aku dapat berjalan jauh sedikit ke iaitu Tanjung Karang, Sawah Sempadan, rumah adik ipar, maklumlah orang tak de kampung terpaksa menumpang kampung orang. Kelihatan sayup mata memandang sawah yang terbentang, warna kehijauan menandakan padi sedang naik. Inilah kali pertama dapat turun ke bendang, kiri kanan ku ada padi... Pada ku ianya satu kenangan yang indah bila berada di tepi bendang waktu hampir matahari nak terbenam, Cantiknya langit berwarna ke merah-merahan. Aku duduk di taliair sehingga matahari hilang.

    Harap-harap musim padi menguning nanti dapat lagi aku kesini selain melihat keindahan kampung yang masih mengekalkan ciri-ciri kekampungan suasana beraya dikampung yang tak pernah aku jumpa di bandar...

    1 Response

    1. Cantik!. Masa saya pergi (Dec 09), padi baru ditanam.