Categories:


    Cinta Nabi kepada Aisyah


    Pendapat yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad mencintai Aisyah kerana kecantikan luarannya sahaja adalah tidak benar sama sekali. Isteri-isteri Nabi Muhammad yang lain seperti Zainab, Juwairiyah dan Shafiyah juga tidak kurang cantiknya. Sebenarnya kisah kecantikan isteri-isteri Nabi banyak diceritakan dalam hadis serta sejarah. Kecantikan Aisyah sangat kurang disebut-sebut berbanding kecantikan isterinya yang lain.

    Kisah kecantikan Aisyah tertulis dalam kenyataan Umar kepada Hafshah dimana tempat Aisyah dalam hari beliau tidak dapat dicapai oleh isteri-isteri lain termasuk Hafshah.

    Hadis yang disampaikan oleh Aisyah dan Abu Hurairah ini menerangkan sebab Aisyah begitu dicintai Nabi Muhammad, malah beliau pernah berkata, "Perempuan dikahwini kerana empat perkara, kekayaan, keturunan yang baik, kecantikan dan agamanya. Pilihlah perempuan yang baik agamanya, pasti kamu akan beruntung". Hadis ini dicatat oleh Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Abu Dawud.

    Berdasarkan hadis itu, isteri yang paling Nabi Muhammad cintai adalah isteri yang dapat memberi kebaikan kepada agama dan dakwah Islam.

    Aisyah sungguh istimewa berbanding isteri-isteri Nabi Muhammad yang lain. Beliau berpengetahuan luas dalam bidang ugama seperti Quran, tafsir, hadis dan fikah.Ciri-ciri yang ada dalam diri Aisyah yang membuatkan Nabi Muhammad lebih mencintainya daripada isteri-isterinya yang lain. Anas bin Malik menceritakan, Allah pernah ditanya, "siapakah, lelakinya?" beliau menjawapnya "bapanya".

    Dalam surah An-Najm, ayat 3 hingga 4 menyebut, "Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada Quran ataupun hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya."

    Ayat diatas menegaskan yang cinta Nabi Muhammad pada Aisyah adalah wahyu Allah, bukan atas dasar nafsu semata. Orang yang menidakkan perkara ini beerti tidak mempercayaai kata-kata Allah.

    Jelas kini kedudukan Aisyah lebih utama daripada seluruh manusia didunia ini termasuk Abu Bakar, Umar al-Khatab, Ali bin Abu Talib dan Fatimah binti Muhammad Cinta Nabi Muhammad kepada Aisyah mengatasi mengatasi cinta kepada semua manusia.

    Abu Musa al-Asy'ari menceritakan Nabi Muhammad pernah berkata, "Ramai lelaki yang sanggup mencapai kesempurnaan. Tetapi, hanya terdapat beberpa orang perempuan yang dapat mencapai hal yang sama iaitu Maryam binti Imran dan Aisyah, isteri Fir'aun. Sungguh keutamaan Aisyah dibandingkan perempuan-perempuan lain sama seperti keutamaan bubur dibandingkan seluruh makanan lainnya."

    Hadis diatas adalah bukti yang jelas mengapa Nabi Muhammad begitu mengasihi dan mengutamakan Aisyah. Ia bukan kerana kecantikan fizikal Aisyah, tetapi kerana kesempurnaan dalamannya.

    Isteri Nabi Muhammad yang hampir menyamai kesempurnaan batin Aisyah adalah Ummu Salamah. Nabi Muhammad mengasihi Ummu Salamah walaupun umurnya sudah agak tua. Khadijah yang sudah meninggal pada usia 65 tahun itu juga amat dicintai beliau. Terdapat beberapa kisah yang menyebut beliau selalu terkenangkan Khadijah sehingga Aisyah berasa cemburu. Walaupun Nabi Muhammad penyabar, namun rasa cemburu Aisyah pada Khadijah kadang-kadang membuatkan beliau hilang sabar.

    Aisyah mengaku Nabi Muhammad pernah hilang sabar kerana beliau mengguris hatinya kerana meremehkan Khadijah. Nabi Muhammad berkata, "Sungguh, Allah meganugerahiku rasa cinta " Hadis dicatat oleh Muslim dan Ibnu Hibban.


    sumber:- Aisyah Ummul Mukminin

    1 Response

    1. Adakah cinta rasulullah pada umatnya juga dicantas oleh rasa cinta baginda pada aisyah?