Categories:


    RAMADHAN TELAH PERGI










    Kini Syawal datang lagi setelah genap sebulan umat Islam menunaikan ibadah puasa. Hati terasa sayu mengenangkan ditinggal pergi Ramadhan yang penuh barkah dan penuh dengan kenangan. Entahkan dapat bertemu lagi dengan Ramadhan. Ya.....apakah dapat bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun yang akan datang. Yang pasti.... Insya'Allah bulan Ramadhan akan datang tetapi apabila bulan itu datang apakah aku masih ada lagi diberi kesempatan......

    Takbir raya bergema lagi.....menambahkan lagi sayu di hati. Terasa panas air mengalir di pipi di pagi yang penuh syahdu. Tak mahu ku tambah kesedihan maka ku persiapkan diri....menunaikan sembahyang sunat Aidil Fitri. Begitu pantas masa berlalu meninggalkan Ramadhan yang penuh dengan kenangan dan keinsafan. Di pagi syawal ini ku pohon keampunan, semoga diberi taufik dan hidayahnNya demi memberbetulkan jalanku. Tuhanku ...berikan aku kesempatan lagi dan lagi ditahun akan datang...

    Aku bersyukur perasaan ini akhirnya hadir dalam diriku walaupun sehingga semalam aku seolah-olah masih bermimpi. benarkah esok hari raya? Rasanya baru sahaja Ramadhan bermula. Tiada apa-apa perasaan gembira datang dalam diriku juga persiapan untuk diriku cuma yang aku tahu aku sedang berpuasa dan akan terus berpuasa. Cuma kebahagiaan dan ketenangan yang ku rasakan bila melakukan ibadah ini. Dan yang lebih penting seolah-olah aku terlalu dekat denganNya.

    Setiap yang bermula pasti ada akhirnya dan setiap pertemuan ada perpisahan, adakah Syawal ini memungkinkan sebuah frasa baru dalam hidupku..

    0 Responses