Categories:


    RAMADHAN HAMPIR BERLALU

    Hari ini adalah merupakan hari yang ke dua puluh dua umat Islam menunaikan ibadah puasa. Begitu pantas masa berlalu, Ramadhan kini hampir meninggalkan kita dan Syawal bakal berkunjung. Belum tentu dapat kita bertemu lagi ditahun-tahun yang akan datang. Ramadhan kali ini terlalu bermakna dalam hidupku. Terlalu banyak dugaan yang datang dan yang harus di tempuh. Bagaimanapun aku redha dengan apa yang berlaku dalam hidupku kerana aku percaya setiap apa yang berlaku tentu ada hikmah disebaliknya. Aku teringat satu ungkapan.."Everything happens for a reason"... walaupun hingga kini aku masih tercari-cari, apa hikmah disebalik semua ini....Yang pastinya aku percaya tentu Tuhan menyediakan sesuatu yang baik buat aku, malah aku bersyukur aku masih dikurniakan nikmat kehidupan.

    Semalam aku dapat menunaikan solat tarawih di Masjid KLCC. Walaupun tiba agak lewat tetapi sempat berjemaah untuk solat Isya' dan seterusnya solat tarawih. Terasa kemanisan dan kenikmatan bulan yang penuh dengan rahmat Tuhan. Suasananya agak berbeza berbanding di tempatku begitu juga dengan jemaah yang datang malah bilangannya juga jauh berbeza. Oleh kerana aku yang keletihan dari tempat kerja, maka aku hanya dapat melakukan hanya lapan rakaat.

    Aku berharap agar ini bukanlah kali terakhir dan berdoa agar dapat mengerjakan solat tarawih di masjid ini lagi di masa akan datang.

    Aku bersyukur walaupun tidak dapat menunaikan sembahyang tarawih setiap malam disebabkan oleh kerja-kerja di pejabat, Tuhan masih memberikan aku peluang untuk melakukannya dirumah. Disamping itu aku juga dapat mengerjakan amalan-amalan lain seperti solat sunat tahajjud, sunat taubat dan solat sunat hajat selain membaca Al-Quran dan menghafal surah-surah. Diwaktu inilah aku memohon dan merayu pada Tuhan agar dilimpahkan rahmatNya berserta harapan agar apa yang ku pohon selama ini di kabulkan olehNya. Semoga segala amalanku diterima Allah s.w.t. hendaknya.

    Kepada Tuhan juga aku memohon sesungguhnya Allah maha pengasih dan penyayang, moga di bukakan pintuku kepada kebaikan dan pintu kepada kebenaran. Dengan Ramadhan yang hampir pergi , semakin dekat kurasakan padamu. Ampunkanlah segala kekhilafan diriku....ke alpaan hidupku. Ya Allah berkatilah insan-insan yang menyayangi diriku dan insan-insan yang aku sayangi. Hanya padamu ku berserah dan hanya padamu tempat ku mengadu...berikan aku pertunjukmu.....

    0 Responses