Categories:


    Perkahwinan




    Perkahwinan adalah merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan. Perkahwinan juga bukanlah hanya untuk tuntutan nafsu semata-mata tetapi iannya merupakan satu ibadah.

    Allah menjadikan manusia dengan fitrahnya yang hidup berpasang-pasangan, berkasih sayang dan dapat memenuhi tuntutan shahwat melaui cara yang halal. Fitrah itu dapat dilaksanakan hanya dengan melalui perkahwinan yang sah. Jika di perhatikan kejadian dilangit dan dibumi jelas menampakkan kebenarannya di mana setiap kejadian itu di ciptakankan dengan perpasang-pasangan. Tuhan menjadikan daratan berpasang dengan lautan, bulan dan bintang, malam pula berpasangan dengan siang.

    Setiap kehidupan berpasangan itu juga tersedia hikmahnya, mana kan tidak...apa akan terjadi sekiranya bumi mengalami keadaan malam atau siang selamanya tanpa bertukar ganti dan apa akan terjadi sekiranya jika bumi hanya dihuni oleh kaum lelaki semuanya. Bukankah meraka akan menjadi resah dan gelisah. Dengan adanya pasangan, dunia kelihatan indah dan sesungguhnya kejadian Allah s.w.t ini teramatlah sempurna dan indah.

    "diantara tanda-tanda kebesaranNya ia menjadikan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri untuk kamu cenderung dan rasa tenteram dan disamping itu jadikan diantara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir"
    (Ar-Ruum:21)

    Mengapa harus berkahwin...

    Sekiranaya hidup manusia lelaki dan wanita tidak diatur dengan mengikut peraturan tertentu maka akan terjadilah kepincangan pada manusia itu sendiri.Kerana itu juga perkahwinan adalah di syariatkan. Dalam perkahwinan itu juga ditetapkan garis panduan tentang peraturan-peraturan dan kewajipan-kewajipan yang harus ikuti oleh pasangan itu sendiri bagi melahirkan sebuah kebahagiaan.

    Jika peraturan itu tidak dipatuhi sama ada dari kejahilan atau sengaja meingkarinya maka akan terbitlah suasana yang tidak aman dan tenteram.

    Ada sesetengah golongan yang lebih berat kepada perkahwinan yang diatur oleh keluarga. Meraka berpendapat bahawa perkahwinan cara ini secara tidak lansung mendapat restu orang tua mereka dan akan mendapat keberkatan dan berkekalan. Sesetengah pula berpendapat lebih baik mengenali hati budi terlebih dahulu sebelum berumahtangga seterusnya berkahwin dengan orang yang kita cintai dan menghabiskan sisa-sisa hidup bersama-sama dengan orang yang kita sayangi.Bagaimanpun kedua-duanya pendapat itu bukanlah satu ukuran kepada kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Apa yang lebih penting dalam sesebuah rumahtangga adalah lebih kepada perlaksanaan kepada tanggungjawab masing-masing sebagai suami dan isteri itu sendiri. Seorang suami atau isteri harus saling memahami kelebihan dan kekurangan pasangannya dan melaksanakan semua tanggungjawab dengan ikhlas serta mengharapkan redha dari Allah s.w.t.

    Suami adalah ketua keluarga, pelindung dan pemimpin kepada sesebuah rumahtangga, memberi nafkah zahir dan batin, selain dari wajib menyediakan tempat berlindung, menyediakan makan dan minum. Suami bertanggungjawab memperbetul dan mendidik isteri dengan hukum-hukum agama. Suami seharusnya mendidik isterinya dengan baik kerana Rasulullah menyifatkan wanita itu adalah amanah Allah s.w.t. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat.

    Seorang isteri haruslah taat dan tahu menjaga maruah suami,tahu bergaul dengan suami dengan cara yang baik. Islam mengalakkan seseorang itu mengahwini wanita yang berugama. Sifat seorang isteri juga haruslah sentiasa bertolak ansur dan sentiasa bersama suami samaada suami berada dalam keadaan susah mahupun senang. Seorang isteri haruslah berada dalam keadaan kemas dan berhias di hadapan suami disamping menjadi penghibur kepada suami. Didalam sesuatu keadaan isteri ditegah sesekali membelakangi suami dan sentiasa manjaga kehormatan dan nama baik suami kerana wanita yang tahu menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah s.a.w sebagai wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih isteri.

    Apabila berlaku perselisihan faham dalam sesebuah rumahtangga, suami isteri haruslah bermesyuarah dan menyedari kesilapan masing-masing kerana selagi kita bernama manusia kita tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Haruslah sentiasa memaafkan antara satu sama lain serta memohon kepada Tuhan agar disatukan hati agar sentiasa diberikan kedamaian dan kebahagiaan dalam rumahtangga.

    Perkahwinan dengan orang yang di kasihi adalah satu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izinNya perkahwinan tidak akan mungkin berlaku walaubagaimana besar usaha yang telah kita lakukan. Hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh dengan pasangan berpanjangan hingga ke akhir hayat....

    0 Responses