Categories:


    Ramadhan Bulan Pengampunan

    Kehidupan didunia pastinya tidak akan beerti sekiranya kita tidak mendapat keredhaan dan keampunan dari Allah s.w.t. Sebagai orang beriman kita dituntut untuk sentiasa memohon keampunan dari Allah s.w.t keatas segala dosa yang telah kita lakukan. Sesungguhnya bagi mereka yang tidak memohon keampunan, mereka adalah tergolong dari manusia yang angkuh.

    Kini bulan Ramadhan, umat Islam menunaikan ibadat puasa dengan penuh keikhlasan dan kesabaran semata-mata mengharapkan keampunan dari Allah s.w.t. Adalah bijak bagi kita merebut segala peluang yang Allah s.w.t sediakan dalam bulan yang penuh dengan rahmat ini kerana belum tentu kita akan menemuinya lagi pada tahun-tahun yang akan datang. Ini kerana Allah s.w.t menyediakan dalam bulan Ramadhan ini satu malam yang nilai keberkatan dan ganjaran pahalanya pada malam itu lebih baik dari seribu bulan.

    Firman Allah dalam surah Al-Qadr "sesungguhnya kami menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar? Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara, sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar"

    Berdasarkan surah Al-Qadr sesiapa yang beramal pada malam itu yakni mengerjakan solat, membaca Al-Quran dan berzikir serta amalan baik yang lain yang diamalkan, pastinya akan mendapat ganjaran yang amat besar dari Allah s.w.t. Orang yang tekun beribadat semata-mata untuk menemui malam Lailatul Qadar pasti akan mendapat rahmat yang dijanjikan Allah s.w.t.

    Bulan Ramadhan bulan pengampunan sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan sentiasa memberi pengampunan diatas kesalahan hamba-hambanya. Allah berfirman "sesungguhnya Al-Quran memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh dan mereka beroleh pahala yang besar" (Surah al-Isra' ayat ke 9)

    1 Response

    1. MasyaAllah....Hjah Dura, macam uztazah la.. baguss.. baguss.. nak komen apa lagi pon tak tau.. takpela. asalkan nanti ajak bukak posa kat rumah adiksar dah le..